//
you're reading...
Info

Del Nero mahu beraksi bersama Guiza, tolak tawaran lain

PELUANG beraksi bersama bekas penyerang Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza antara sebab utama bekas pemain tengah Lazio, Simeone Del Nero memilih Johor musim depan.

Sambil mengetepikan tawaran beberapa kelab lain termasuk dari Serie A, Del Nero berkata, peluang bermain bersama Guiza memudahkannya membuat keputusan.

“Bukan satu masalah untuk saya menyesuaikan diri dengan pemain tempatan dan tetap memilih beraksi di Johor walaupun pada masa sama menerima beberapa tawaran lain.

“Ini adalah satu pengalaman baru dan Malaysia semakin dikenali di Eropah selepas pasukan ini (Johor) berjaya mendapatkan khidmat Guiza.

“Yang pasti Guiza adalah antara nama besar dan saya tidak sabar beraksi bersamanya,” katanya.

Del Nero, 31, berkata, perancangan hebat Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang juga Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menambah keterujaannya bermain dalam skuad Harimau Selatan musim depan.

“Saya serius untuk bermain dan mencapai kejayaan bersama pasukan ini. Sebab itu saya tidak akan pulang ke Itali selagi belum tamat musim,” katanya.

Menurutnya, keyakinan membantu Johor merangkul kejuaraan bertambah mudah dengan kehadiran beberapa pemain tempatan handalan seperti pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abd Radzak; Azmi Muslim dan Safiq Rahim.

Sementara itu, Tunku Ismail tetap enggan mendedahkan nilai kontrak dan gaji pemain import itu.

“Nilai Del Nero adalah rahsia. Sebelum ini kami berjaya mengikat Guiza dan kini Del Nero akan memperkemaskan bahagian tengah,” katanya. Del Nero pernah bermain secara profesional bersama kelab Empoli pada 1998 hingga 2000, sebelum berhijrah ke Brescia (2000-2007).

Dia kemudian dipinjamkan ke Livingston untuk beraksi di Liga Divisyen Satu Scotland (2001-2002) sebelum kembali ke Serie A bersama Lazio dan membuat 22 penampilan.

Pencapaian terhebatnya membantu pasukan Bawah 21 Tahun Itali menjuarai Kejohanan Bola Sepak Eropah (UEFA) pada 2004 dan memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Athens pada tahun sama.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/16

Sumber: Harian Metro 

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DelNeromahuberaksibersamaGuiza_tolaktawaranlain/Article/index_html 

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: