//
you're reading...
Berita

Kekecohan Pertukaran Venue

Kecoh ketika ini apabila sebuah fan page ‘Johor Darul Takzim FC’ mengeluarkan kenyataan bahawa perlawanan pusingan ke-2 Piala FA 2013 antara Kedah bertemu Johor Darul Takzim dipinda venuenya selepas FAM menerima permohonan presiden JDT. Tetapi mengikut info yang admin terima,fan page tersebut adalah bukan page rasmi bola sepak Johor, yang rasmi cuma dua iaitu ‘JOHOR FAN CLUB’ dan ‘JohorFC.com’ sahaja.

Berita tersebut masih belum ada kesahihanya memandangkan ianya hadir dari fan club tidak rasmi dan buat masa ini kita perlu menunggu kata putus daripada FAM sehari dua lagi. Walaubagaimanapun, diharapkan info ini tidak benar kerana ianya langsung mencerminkan betapa tidak sihatnya perkembangan bola sepak tempatan.

Sewajibnya pihak JDT menerima dengan hati yang rela ataupun terpaksa juga atas dasar hormat memandangkan mengikut jadual asal,setiap pasukan yang berada diatas lawan pada pusingan pertama dan kedua sahaja. Lebih penting, ianya seakan merendahkan krebiliti dan ketaksuban penyokong Kedah memandangkan dalam info tidak rasmi itu mengatakan venue diubah kerana venue asal dijangka tidak dapat memberikan ‘full house’ sebagaimana yang berlaku di venue yang mahu diubah itu.

Repon daripada pihak berwajib:

Johor Fan Club

“Tiada keperluan untuk TMJ menukar vanue gelanggang perlawanan Piala FA antara Kedah dengan Johor Darul Takzim” Hj Suhairi, setiausaha PBNJ.”

“PBNJ tidak menghantar sebarang surat permohonan kepada FAM buat masa ini bagi pindaan vanue perlawanan Piala FA antara Kedah menentang Johor Darul Takzim Februari nanti.”

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: