//
you're reading...
Berita

PAFA bantah insiden di Lumut, Johor Bahru

PAFA bantah insiden di Lumut, Johor Bahru

Jan282013

Abdul Aziz Yeop JamaluddinPersatuan Bola Sepak Perak (Pafa) sudah menghantar bantahan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai insiden pengadil menunjuk isyarat lucah dan Johor tidak memainkan lagu negeri Perak semasa aksi Liga Super baru-baru ini.

Setiausaha Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, bantahan itu dibuat supaya FAM dapat melakukan siasatan.

Insiden pertama pengadil kedua, Mohd Fazli Ishak didakwa menunjukkan isyarat lucah semasa perlawanan Liga Super antara Perak dengan Selangor di Lumut pada 22 Januari lalu.

Pengadil kedua itu didakwa menunjukkan isyarat tersebut selepas dikecam oleh para penonton yang tidak berpuas hati dengan corak pengadilan Zulkifli Ahmad.

Perlawanan itu berkesudahan dengan catatan seri 1-1 apabila dua gol yang dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahya dan Khairul Asyraf Shaizah tidak disahkan.

Zulkifli tidak mengesahkan jaringan Hadi dan Asyraf kerana kedua-dua pembantunya menggangkat bendera menandakan offside setelah Hadi dan Asyraf menjaringkan gol.

Penyokong Kejor Yeop Kejor amat geram dengan tindakan pengadil dan dua pembantunya membuatkan penyokong Perak mengecam ketiga-tiga pegawai perlawanan tersebut.

“Pafa akan membawa saksi yang melihat Mohd Fazli menunjukkan isyarat tersebut jika diminta oleh FAM nanti,” jelas Abdul Aziz di Ipoh semalam.

Insiden kedua Pafa membuat bantahan terhadap Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) kerana tidak memainkan lagu negeri Perak sebelum perlawanan Piala FA bermula di Johor Bharu pada 25 Januari lalu.

Sebaliknya, PBNJ hanya memainkan lagu negeri Johor sahaja tanpa lagu negeri Perak.

Sebelum ini, FAM menetapkan lagu kebangsaan dimainkan sebelum sesuatu perlawanan bermula dalam Liga Malaysia.

Jika sesebuah negeri memainkan lagu negeri sendiri, mereka diarahkan supaya memainkan lagu pasukan pelawat.

“Pafa kesal dengan insiden tersebut kerana semua negeri telah tahu mengenai peraturan ini,” tegas Abdul Aziz.

Sumber: pafanews.com

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: