//
you're reading...
Berita

Aidil calon ketua pasukan


PETALING JAYA – Ketiadaan beberapa pemain senior dalam skuad kebangsaan memberi ruang buat pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak untuk memakai lilit ketua pasukan dalam pertemuan dengan Qatar 6 Februari ini di Doha.

Pemain pertahanan Johor Darul Takzim (DT) itu menerima dengan hati terbuka jika jurulatih, Datuk K. Rajagobal memberi kepercayaan kepadanya menggalas tugas sebagai ketua pasukan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2015.

“Saya tidak memikirkan sangat tentang tugas sebagai ketua pasukan, paling penting buat saya adalah perlawanan yang akan kami hadapi nanti, dalam erti kata lain saya lebih fokus kepada persediaan pasukan,” katanya kepada media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Selain Safiq Rahim yang digantung perlawanan, beberapa lagi pemain senior lain seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Amar Rohidan juga tidak berada dalam pasukan ke Doha akibat masalah kecederaan.

“Saya akui masalah kecederaan yang kami alami ketika ini adalah yang paling ramai dalam pasukan kebangsaan tetapi perkara ini normal bagi sesebuah pasukan, ada pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Safee dan Norshahrul.

“Dari segi semangat sepasukan saya rasa ia tidak menjadi masalah kerana kami sudah pun mengenali antara satu sama lain, cuma yang membezakan adalah pengalaman di antara pemain baru dan lama,” katanya.

Jika dilihat daripada posisi yang diletakkan Rajagobal dalam latihan semalam, Aidil dijangka bergandingan semula dengan pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Amirizwan Taj Tajuddin pada bahagian pertahanan tengah.

Kedua-dua pemain tersebut pernah bergandingan bersama musim lalu ketika Aidil beraksi bersama ATM sebelum berhijrah ke Johor DT musim ini.

“Semua pemain dalam skuad kebangsaan sekarang saya lihat mempunyai kekuatan yang sama, dari segi rangkaian pertahanan tidak banyak berubah kerana tidak ramai pemain di posisi ini yang mengalami kecederaan.

“Bahagian serangan sedikit terjejas berikutan masalah kecederaan tetapi bola sepak bukanlah permainan individu ia melibatkan satu pasukan semuanya terletak kepada jurulatih untuk mengharungi perlawanan nanti,” katanya.

Tambahnya, bertemu pasukan terkuat Asia seperti Qatar adalah satu pengalaman yang amat berguna buat pasukan kebangsaan dan mereka juga masih mempunyai masa untuk memperbaiki segala kekurangan menjelang perlawanan persahabatan menentang Iraq Jumaat ini.

Utusan Malaysia
29hb Januari 2013
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130129/su_03/Aidil-calon-ketua-pasukan#ixzz2JRsk2qMb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: